Mana-mana guru bisnes akan cakap benda yang sama...
" more you give.... more you get"
Rasulullah SAW telah menghalang orang yang melakukan jual beli daripada
bersumpah dan mengatakan sesuatu yang tidak benar. Rasulullah SAW telah
bersabda maksudnya:
"Sumpah itu melariskan barang dagangan akan
tetapi menghapuskan keberkatannya" (Hadis Riwayat Bukhari). Di samping
itu para peniaga hendaklah sentiasa bersedia memberi kemudahan dan
pertolongan kepada mereka yang memerlukan. Mereka perlu ingat bahawa
tujuan perniagaan bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan tetapi juga
terselit konsep memberi kemudahan dan membantu pihak lain, khasnya
pengguna.
No comments:
Post a Comment